Tuesday, December 21, 2010

misteri lauk kerang part 2

      Bunyi yang didengarnya itu seakan bunyi menderam. Sayup dan perlahan sekali. Dari pengamatan yang tidaklah setajam pengamatan seekor singa afrika, Jenal yakin bahawa suara menderam itu dekat benar dengan dirinya. Jenal mengecilkan keluasan cariannya kepada beberapa inci dari tempat dia berada.

          "Hmm.. Padan muka kau!!"

     Jenal membulatkan mata. Suapan nasi yang dari tadi tidak ada tanda-tanda berhenti kini dihentikan. Kali ini dia yakin yang suara itu bukan datang daripada televisyen kerana dokumentari yang disiarkan adalah dalam bahasa arab. Walaupun ada diantara pengacara arab yang kadang-kala mampu bebahasa melayu, Jenal cukup pasti pengacara dokumentari itu tidak berkata sedemikian kepada memerang lombong yang cuba diselamatkan.

          "Lain kali jangan ambil hak aku!! Kau ingat kau siapa hah?!!"

     Sekali lagi Jenal membulatkan matanya. Suara itu kini betul-betul dikenal pasti berada di sebelahnya. Yakni lebih tepat lagi dari isterinya sendiri. Yang entah mengapa tunduk memandang ke lantai dengan rambut yang sedikit menutupi wajah. Jenal mula rasa cuak. Takkan lah isterinya betul-betul tidak senang dengan cara dia meminta lauk sebentar tadi.

      Mungkin juga isterinya itu sedang dirasuk. Itu penilaian paling hampir yang boleh difikirkan olehnya. Apatah lagi kini isterinya itu mula ketawa kecil seorang diri dengan wajah yang samar-samar kelihatan dek kerana dilitupi oleh rambut panjangnya. Erm.. ada la iras-iras sikit ngan cerita ju-on. takkan tak penah tengok kot.


     Jenal mengerling kearah jam tangan mahal berjenama Casio yang baru sahaja dibelinya di pasar tani semalam. Jam menunjukkan pukul 9:30 mlm. Awal lagi.. Jam tersebut juga menunjukkan hari ahad bertarikh 21/5.

          ' Baru pukul 9:30 malam. Ttak kan ada hantu rasuk isteri aku kot. Yelah, dulu mak aku cakap, hantu ni biasanya keluar lepas pukul 12 tengah malam. Lagipon malam ni malam isnin, bukannya malam jumaat keliwon pon ' monolog Jenal didalam hati.

     Perlahan-lahan Jenal merenung isterinya. Takut kalau-kalau isterinya bertukar wajah yang menyeramkan macam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang baru ditontonnya minggu lepas. Dia bukannya orang yang kuat semangat. Boleh jadi juga dia akan pengsan ataupun berlari sekuat hati nanti. Tiba-tiba timbul rasa menyesal kerana tidak belajar silat dahulu. Jikalau tidak, mungkin dia akan berasa berani sedikit.

          "Ida, awak cakap dengan siapa tu?" tegur Jenal agak takut-takut.

     Ida menoleh kearah suaminya. Alangkah terkejutnya Jenal apabila melihat wajah isterinya tidak berubah sama sekali. Dia mula menarik nafas lega. Wajah isterinya masih lagi seperti model iklan sabun yang sering ditonton di televisyen. Sama seperti sebelum diijabkabulkan dahulu. Wajah yang membuat dirinya sanggup melakukan lapan kerja sampingan semata-mata mahu mengumpul wang untuk hantaran kahwin.

          " Kenapa ni bang?" tanya Ida.

           " Tak adalah, saya dengar awk cakap sorang - sorang. Ingatkan awak kena sampuk ke, apa ke. Awak cakap dengan siapa tadi??" soal Jenal.

           " Dengan semut ni hah! Kerang ni Ida penat-penat masak dia pulak selamba saja main ambik, tak mintak izin. Itu yang Ida marah sangat tu. Nak cakap kuat-kuat takut ganggu abang tengok televisyen. Ida cakaplah perlahan-lahan." Terang ida sambil jarinya menekan semut yang dimaksudkan dilantai.

     Jenal termenung sejenak sambil memerhatikan wajah isterinya. Lalu dia menyambung semula makan dan kembali menonton dokumentari yang disiarkan. Tamat...

No comments:

Post a Comment