Tuesday, December 21, 2010

misteri lauk kerang part 1

      Jenal memandang skrin televisyen plasma berjenama kurang terkenal dihadapannya. Seketika kemudian dia memandang kebawah dan selapas itu kembali memandang televisyen semula. Beberapa ketika selepas itu, sekali lagi dia memandang kebawah. Belum pun beberapa saat, kepalanya didongak semula ke arah peti televisyen.

     Begitulah berulang-ulang perilaku lelaki itu. Jenal bukannya sedang menonton televisyen sambil bermain congkak. Dia juga bukan sedang makan sambil menyapu sampah. Apatah lagi menonton televisyen sambil tidur. Kerana, jikalau dia sedang tidur, bagaimana dia boleh menonton televisyen??

     Kalau Jenal sedang tidur, televisyen plasma miliknya itu tidak akan ditutup dan terbiar lama sementelah televisyen tidak akan mampu menutup dirinya sendiri. Kalau televisyen tidak ditututp dan terbiar lama, bil elektrik akan naik melambung tinggi setinggi tsunami yang berlaku kira-kira 4tahun yg lalu. Sedangkan Jenal yang hanya bekerja sebagai kerani di syarikat yang berdekatan tempat perlombongan bandaraya itu tidak akan mampu membayar bil tersebut. Jika Jenal tidak membayar bil elektrik, dia tidak boleh menonton televisyen.

     Sebenarnya Jenal bukannya menonton televisyen sambil tidur, bermain congkak ataupun menyapu sampah. Apa yang dilakukan oleh Jenal adalah menyuap nasi ke mulut. Yelah, kalau tak tengok bawah, akan berlakulah satu tragedi yang dipanggil bersepah. Nasi akan bersepah-sepah dan menyebabkan Jenal kepenatan mengutip nasi-nasi yang berterabur di lantai. Lainlah kalau jenal sedang makan burger. Sudah tentu dia tidak perlu memandang ke bawah.

     Nasi di pinggan belum lagi habis namun kadar kekerapan kepala Jenal memandang kebawah adalah sebanyak sepuluh kali seminit!! Jenal sendiri tidak menyedari akan fakta itu. Dia lebih senang menyedari bahawa lauk sambal kerang dipinggannya sudah semakin berkurangan.

     "Dian! jangan lari sana-sini, nanti jatuh!!" tegur Jenal pada anak lelakinya yang berumur empat tahun.

     Jenal kembali memandang kaca televisyen. Rancangan dokumentari yang memaparkan tentang kitaran hidup beberapa ekor memerang lombong begitu menarik perhatiannya. Lebih menarik daripada menonton drama berformat perebutan harta pusaka kegemaran isterinya.

          "Ida sayang, tolong ambilkan abang lauk kerang ni lagi, dh nak habis ni." pinta Jenal dengan nada yang mesra dan lembut selembut kain sutera Mydin yang dapat dibeli dengan harga 4.00 satu ela.
   
          "Ida tengah makan ni bang. Abang minta la Dian tolong ambilkan" isterinya membalas.
          "Budak tu baru 4tahun sayang oi. Mana la dia larat nak ambik lauk daripada periuk tu. Kamu ni ada-ada saja lah." bebel Jenal.

      Ida bingkas bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke dapur. Di dalam hatinya membentak namun dia harus akur akan kehendak suaminya. Mengingkari perintah suami bermakna dia sudah menempah tiket kelas pertama menuju ke pintu neraka. Itu pesan ibunya sebelum dia berkahwin dahulu.

     Seketika kemudian, Ida muncul dari dapur dengan membawa sepinggan sambal kerang. Perlahan-lahan dia meletakkan pinggan itu dihadapan suaminya. Jenal memandang dengan senyum. Sambil mengucapkan terima kasih, jenal dengan lahapnya menuang kesemua lauk sambal kerang dipinggannya.

     Ida kembali bersimpuh di sebelah suaminya. Menghabiskan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan sebentar tadi. Jenal pula ralit menonton rancangan kegemarannya manakala anak mereka Dian sudahpun tertidur di atas tilam kecil berdekatan. Kkeadaan menjadi sunyi di antara mereka. Yang ada hanyalah bunyi-bunyian yang terbit daripada peti suara televisyen.

     Beberapa ketika kemudian, Jenal sedikit tersentak. Telingannya seakan dapat menangkap sesuatu bunyi yang tidak menyenangkan. Yang pasti, ianya bukanlah bunyi kentut yang dilepaskan oleh mana-mana pihak diantara mereka berdua. Setelah pasti bahawa bunyi itu bukan datang daripada televisyen, Jenal meliarkan bebola matanya mencari sambil telinganya berusaha mendengar dengan lebih tumpuan diberikan. Seumpama piring satelit, telinga Jenal digerakkan kekiri dan kekanan.

to be continue..hohoho..

No comments:

Post a Comment