Wednesday, December 22, 2010

kisah sang kancil dan buaya versi moden part 1

     Suatu hari, seekor kancil berjalan-jalan melintasi hutan belantara yang tebal dengan menggunakan keempat-empat kakinya. Kenapa ia berjalan menggunakan keempat-empat kakinya??  Kerana ia bukanlah Kereta Kancil.  Kalau ia sebuah Kereta Kancil, sudah tentu ia tidak akan menggunakan kaki sebaliknya menggunakan keempat-empat tayarnya.

           "Lenguh sungguh aku berjalan. Tentu lebih lenguh lagi jika aku berlari," bebel Sang Kancil sendirian.

     Walaupun Sang Kancil tidak memiliki sebuah telefon bimbit yang lengkap dengan WI-FI atau BLUETOOTH  kerana ia tidak bekerja makan gaji ataupun berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran untuk mendapatkan wang supaya boleh membelinya, ia masih mampu dilihat berkata-kata sendirian. Manakala manusia pula mampu memilikinya kerana mereka bukan seekor kancil. mereka adalah seorang manusia.

     Biarpun letih, Sang Kancil tetap meneruskan perjalanan. Tujuannya cuma satu iaitu mencari buah-buah hutan yang segar untuk dimakan. Perutnya sedari tadi sudah merasa lapar dan di sepanjang perjalanan itu, tiada sebuah pokok renek yang berbuah pun untuk dimakan.

          "Dari tadi aku berjalan. Aku langsung tak jumpa pokok yang berbuah untuk dimakan. Perutku sudah semakin lapar ni.," ngomel Sang Kancil lagi.

     Sang Kancil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ia tahu, bukan mudah untuk mencari buah-buah hutan biarpun ia berada di dalam hutan dan bukannya di taman tema. Kerana, kalau buah-buah hutan berada di dalam taman tema, sudah pasti ia diberi nama buah taman tema, bukannya buah-buah hutan.

     Hidup seekor kancil bukanlah mudah seperti yang disangkakan. tidak seperti manusia yang mana buah-buahan boleh dicari dengan begitu cepat. Hanya perlu memesan kepada peniaga buah di pasar-pasar atau kedai-kedai.

     Sang Kancil tidak dapat berbuat sedemikian kerana didalam hutan tiada pasar atau kedai buah-buahan. kalau ada sekalipun, ia tetap tidak dapat mendapatkan buah-buahan tersebut kerana ia tidak mempunyai wang. Mengapa sang kancil tidak mempunyai wang?? takkan nak diterangkan lagi, bukankah isu ini sudah dibincangkan tadi. Maka terpaksalah Sang Kancil mencari buah-buah hutan dengan cara biasa sebagaimana keturunan kancil yang terdahulu lakukan.

apakah nasib sang kancil seterusnya?? bersambung pada episod yang akan datang. hohohohoh...

No comments:

Post a Comment