Suatu hari, seekor kancil berjalan-jalan melintasi hutan belantara yang tebal dengan menggunakan keempat-empat kakinya. Kenapa ia berjalan menggunakan keempat-empat kakinya?? Kerana ia bukanlah Kereta Kancil. Kalau ia sebuah Kereta Kancil, sudah tentu ia tidak akan menggunakan kaki sebaliknya menggunakan keempat-empat tayarnya.
"Lenguh sungguh aku berjalan. Tentu lebih lenguh lagi jika aku berlari," bebel Sang Kancil sendirian.
Walaupun Sang Kancil tidak memiliki sebuah telefon bimbit yang lengkap dengan WI-FI atau BLUETOOTH kerana ia tidak bekerja makan gaji ataupun berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran untuk mendapatkan wang supaya boleh membelinya, ia masih mampu dilihat berkata-kata sendirian. Manakala manusia pula mampu memilikinya kerana mereka bukan seekor kancil. mereka adalah seorang manusia.
Biarpun letih, Sang Kancil tetap meneruskan perjalanan. Tujuannya cuma satu iaitu mencari buah-buah hutan yang segar untuk dimakan. Perutnya sedari tadi sudah merasa lapar dan di sepanjang perjalanan itu, tiada sebuah pokok renek yang berbuah pun untuk dimakan.
"Dari tadi aku berjalan. Aku langsung tak jumpa pokok yang berbuah untuk dimakan. Perutku sudah semakin lapar ni.," ngomel Sang Kancil lagi.
Sang Kancil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ia tahu, bukan mudah untuk mencari buah-buah hutan biarpun ia berada di dalam hutan dan bukannya di taman tema. Kerana, kalau buah-buah hutan berada di dalam taman tema, sudah pasti ia diberi nama buah taman tema, bukannya buah-buah hutan.
Hidup seekor kancil bukanlah mudah seperti yang disangkakan. tidak seperti manusia yang mana buah-buahan boleh dicari dengan begitu cepat. Hanya perlu memesan kepada peniaga buah di pasar-pasar atau kedai-kedai.
Sang Kancil tidak dapat berbuat sedemikian kerana didalam hutan tiada pasar atau kedai buah-buahan. kalau ada sekalipun, ia tetap tidak dapat mendapatkan buah-buahan tersebut kerana ia tidak mempunyai wang. Mengapa sang kancil tidak mempunyai wang?? takkan nak diterangkan lagi, bukankah isu ini sudah dibincangkan tadi. Maka terpaksalah Sang Kancil mencari buah-buah hutan dengan cara biasa sebagaimana keturunan kancil yang terdahulu lakukan.
apakah nasib sang kancil seterusnya?? bersambung pada episod yang akan datang. hohohohoh...
@ir teh sedap..
Wednesday, December 22, 2010
Tuesday, December 21, 2010
kenapa kamu disini..
cerita ni aku copek kat mana pon aku tak berapa nak ingat, so, bace je la ek..hehehehe..
Cerita bermula di sebuah univesiti yang agak terkenal pada zaman itu...
" Hei kamu yang berdiri di belakang tu!! " tegur pensyarah. " Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor?"
"Maaf saya tidak tahu... encik,"
"Apa? Tidak tahu? Baiklah kalau begitu sebutkan saja pada tahun berapakah perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga..Encik,"
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itukan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang kesini jika tidak tahu?!!"
"Mahu memeriksa kabel lampu ni encik..Saya petugas TNB.."

Dahsyatnya Malam Jumaat
Malam itu malam jumaat. Kassim ingin beristirihat awal dengan isterinya. (erm..paham-paham la..) Dia fikir dia akan mendapat ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran yang paling nyata ialah hakikat kini dia mempunyai lapan orang anak, empat daripada mereka kecil lagi dan yang bongsu masih menyusu.
"Erm, malam ni kita tidur awal ye sayang??" kata Kassim dengan lembut kepada isterinya, Linda yang sedang menyusukan anak mereka.
"Nampaknya tak boleh la bang, sebab anak-anak kita belum tidur. nanti saya tidurkan mereka dulu ya??"
"Baiklah, awak uruskanlah mereka. abang akan ke bilik sebelah untuk membaca al-quran." balas kasim dengan bersemangat. Lalu dia pun pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Setelah mendapatkan songkok dan kitab Al-Quran, dia bersedia untuk memulakan ibadahnya.
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.."
"Abang anak-anak kita dh tidur" kata linda dengan suara yang manja. Terkejut kassim mendengar suara Linda yang membawa khabar gembira tak terhingga kepadanya dalam jangka masa yang singkat.
"SADAQALLAHUL'AZIM.."
Begitulah kedahsyatan malam jumaat...

misteri lauk kerang part 2
Bunyi yang didengarnya itu seakan bunyi menderam. Sayup dan perlahan sekali. Dari pengamatan yang tidaklah setajam pengamatan seekor singa afrika, Jenal yakin bahawa suara menderam itu dekat benar dengan dirinya. Jenal mengecilkan keluasan cariannya kepada beberapa inci dari tempat dia berada.
"Hmm.. Padan muka kau!!"
Jenal membulatkan mata. Suapan nasi yang dari tadi tidak ada tanda-tanda berhenti kini dihentikan. Kali ini dia yakin yang suara itu bukan datang daripada televisyen kerana dokumentari yang disiarkan adalah dalam bahasa arab. Walaupun ada diantara pengacara arab yang kadang-kala mampu bebahasa melayu, Jenal cukup pasti pengacara dokumentari itu tidak berkata sedemikian kepada memerang lombong yang cuba diselamatkan.
"Lain kali jangan ambil hak aku!! Kau ingat kau siapa hah?!!"
Sekali lagi Jenal membulatkan matanya. Suara itu kini betul-betul dikenal pasti berada di sebelahnya. Yakni lebih tepat lagi dari isterinya sendiri. Yang entah mengapa tunduk memandang ke lantai dengan rambut yang sedikit menutupi wajah. Jenal mula rasa cuak. Takkan lah isterinya betul-betul tidak senang dengan cara dia meminta lauk sebentar tadi.
Mungkin juga isterinya itu sedang dirasuk. Itu penilaian paling hampir yang boleh difikirkan olehnya. Apatah lagi kini isterinya itu mula ketawa kecil seorang diri dengan wajah yang samar-samar kelihatan dek kerana dilitupi oleh rambut panjangnya. Erm.. ada la iras-iras sikit ngan cerita ju-on. takkan tak penah tengok kot.
Jenal mengerling kearah jam tangan mahal berjenama Casio yang baru sahaja dibelinya di pasar tani semalam. Jam menunjukkan pukul 9:30 mlm. Awal lagi.. Jam tersebut juga menunjukkan hari ahad bertarikh 21/5.
' Baru pukul 9:30 malam. Ttak kan ada hantu rasuk isteri aku kot. Yelah, dulu mak aku cakap, hantu ni biasanya keluar lepas pukul 12 tengah malam. Lagipon malam ni malam isnin, bukannya malam jumaat keliwon pon ' monolog Jenal didalam hati.
Perlahan-lahan Jenal merenung isterinya. Takut kalau-kalau isterinya bertukar wajah yang menyeramkan macam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang baru ditontonnya minggu lepas. Dia bukannya orang yang kuat semangat. Boleh jadi juga dia akan pengsan ataupun berlari sekuat hati nanti. Tiba-tiba timbul rasa menyesal kerana tidak belajar silat dahulu. Jikalau tidak, mungkin dia akan berasa berani sedikit.
"Ida, awak cakap dengan siapa tu?" tegur Jenal agak takut-takut.
Ida menoleh kearah suaminya. Alangkah terkejutnya Jenal apabila melihat wajah isterinya tidak berubah sama sekali. Dia mula menarik nafas lega. Wajah isterinya masih lagi seperti model iklan sabun yang sering ditonton di televisyen. Sama seperti sebelum diijabkabulkan dahulu. Wajah yang membuat dirinya sanggup melakukan lapan kerja sampingan semata-mata mahu mengumpul wang untuk hantaran kahwin.
" Kenapa ni bang?" tanya Ida.
" Tak adalah, saya dengar awk cakap sorang - sorang. Ingatkan awak kena sampuk ke, apa ke. Awak cakap dengan siapa tadi??" soal Jenal.
" Dengan semut ni hah! Kerang ni Ida penat-penat masak dia pulak selamba saja main ambik, tak mintak izin. Itu yang Ida marah sangat tu. Nak cakap kuat-kuat takut ganggu abang tengok televisyen. Ida cakaplah perlahan-lahan." Terang ida sambil jarinya menekan semut yang dimaksudkan dilantai.
Jenal termenung sejenak sambil memerhatikan wajah isterinya. Lalu dia menyambung semula makan dan kembali menonton dokumentari yang disiarkan. Tamat...

misteri lauk kerang part 1
Jenal memandang skrin televisyen plasma berjenama kurang terkenal dihadapannya. Seketika kemudian dia memandang kebawah dan selapas itu kembali memandang televisyen semula. Beberapa ketika selepas itu, sekali lagi dia memandang kebawah. Belum pun beberapa saat, kepalanya didongak semula ke arah peti televisyen.
Begitulah berulang-ulang perilaku lelaki itu. Jenal bukannya sedang menonton televisyen sambil bermain congkak. Dia juga bukan sedang makan sambil menyapu sampah. Apatah lagi menonton televisyen sambil tidur. Kerana, jikalau dia sedang tidur, bagaimana dia boleh menonton televisyen??
Kalau Jenal sedang tidur, televisyen plasma miliknya itu tidak akan ditutup dan terbiar lama sementelah televisyen tidak akan mampu menutup dirinya sendiri. Kalau televisyen tidak ditututp dan terbiar lama, bil elektrik akan naik melambung tinggi setinggi tsunami yang berlaku kira-kira 4tahun yg lalu. Sedangkan Jenal yang hanya bekerja sebagai kerani di syarikat yang berdekatan tempat perlombongan bandaraya itu tidak akan mampu membayar bil tersebut. Jika Jenal tidak membayar bil elektrik, dia tidak boleh menonton televisyen.
Sebenarnya Jenal bukannya menonton televisyen sambil tidur, bermain congkak ataupun menyapu sampah. Apa yang dilakukan oleh Jenal adalah menyuap nasi ke mulut. Yelah, kalau tak tengok bawah, akan berlakulah satu tragedi yang dipanggil bersepah. Nasi akan bersepah-sepah dan menyebabkan Jenal kepenatan mengutip nasi-nasi yang berterabur di lantai. Lainlah kalau jenal sedang makan burger. Sudah tentu dia tidak perlu memandang ke bawah.
Nasi di pinggan belum lagi habis namun kadar kekerapan kepala Jenal memandang kebawah adalah sebanyak sepuluh kali seminit!! Jenal sendiri tidak menyedari akan fakta itu. Dia lebih senang menyedari bahawa lauk sambal kerang dipinggannya sudah semakin berkurangan.
"Dian! jangan lari sana-sini, nanti jatuh!!" tegur Jenal pada anak lelakinya yang berumur empat tahun.
Jenal kembali memandang kaca televisyen. Rancangan dokumentari yang memaparkan tentang kitaran hidup beberapa ekor memerang lombong begitu menarik perhatiannya. Lebih menarik daripada menonton drama berformat perebutan harta pusaka kegemaran isterinya.
"Ida sayang, tolong ambilkan abang lauk kerang ni lagi, dh nak habis ni." pinta Jenal dengan nada yang mesra dan lembut selembut kain sutera Mydin yang dapat dibeli dengan harga 4.00 satu ela.
"Ida tengah makan ni bang. Abang minta la Dian tolong ambilkan" isterinya membalas.
"Budak tu baru 4tahun sayang oi. Mana la dia larat nak ambik lauk daripada periuk tu. Kamu ni ada-ada saja lah." bebel Jenal.
Ida bingkas bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke dapur. Di dalam hatinya membentak namun dia harus akur akan kehendak suaminya. Mengingkari perintah suami bermakna dia sudah menempah tiket kelas pertama menuju ke pintu neraka. Itu pesan ibunya sebelum dia berkahwin dahulu.
Seketika kemudian, Ida muncul dari dapur dengan membawa sepinggan sambal kerang. Perlahan-lahan dia meletakkan pinggan itu dihadapan suaminya. Jenal memandang dengan senyum. Sambil mengucapkan terima kasih, jenal dengan lahapnya menuang kesemua lauk sambal kerang dipinggannya.
Ida kembali bersimpuh di sebelah suaminya. Menghabiskan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan sebentar tadi. Jenal pula ralit menonton rancangan kegemarannya manakala anak mereka Dian sudahpun tertidur di atas tilam kecil berdekatan. Kkeadaan menjadi sunyi di antara mereka. Yang ada hanyalah bunyi-bunyian yang terbit daripada peti suara televisyen.
Beberapa ketika kemudian, Jenal sedikit tersentak. Telingannya seakan dapat menangkap sesuatu bunyi yang tidak menyenangkan. Yang pasti, ianya bukanlah bunyi kentut yang dilepaskan oleh mana-mana pihak diantara mereka berdua. Setelah pasti bahawa bunyi itu bukan datang daripada televisyen, Jenal meliarkan bebola matanya mencari sambil telinganya berusaha mendengar dengan lebih tumpuan diberikan. Seumpama piring satelit, telinga Jenal digerakkan kekiri dan kekanan.
to be continue..hohoho..

Subscribe to:
Posts (Atom)